Tuesday, November 17, 2015

aku, diet, breastfeed dan atkin

assalamualaikum

gmbr di atas adalah masalah sepanjang hidup saya yg xtau mcmne nk selesaikan
suka makan tp nak kurus. suatu hari bulan november 2015 :

en.suami : 'layan tv'
saya: abg, cemane dgn syg nh??
en.suami: kenapa yang?!
saya: sayang nk kurus tp syg suka makan jugak. cmne nk buat?
en.suami: syg makan smbil berlari..
saya : #$@^&....

jadi saya cuba untuk diet atkins. 

hari pertama:  rilek je. semangat utk masak dan makan..

hari kedua: trun 800g. okla sbb xd eksesais pun

hari ke3: da mengah n pnat smacam wlaupun bru bgn tido..dlm minda duk pk xpe xpe..badan tgh bakar glucose. sbb pnat dan xlarat masak sy ajak en suami kluar ke giant. anak bleh main n makan ibu rilek. smpai je kt sana anak duk claim aiskrim. bila cek ade aiskrim giant yg perisa orea plak tu..ceiittt!!!
maka hancurla diet atkin....tp xmkn nasik lg.mkn kismis

hari ke4: reinduction tp mlm tu g makan yong tau fu..lama da teringin. hancur lg..mlm anak (1y6mo) merengek2 xpuas mnum susu..hah!! sbb diet atkin ke?

hari ke5: mkn pau 2 bijik nasi sup..ok mggu dpan atkin tp sbb bfeed kn buat fasa 3 trus....

Wednesday, November 11, 2015

worksheet@homeschool for kids/toddler


Assalamualaikum

untuk panduan dan sebagai salah satu kaedah merekod, berikut adalah tips untuk membuat latihan utk kanak-kanak. sesuai utk working mom, supermom @ housewives yang ingin luangkan masa dgn anak2, ingin educate anak-anak sendiri dan ingin berjimat cermat sbb nak anta taska yuran permulaan die mahal jugak...

boleh copy paste link :     http://www.kidslearningstation.com/
website tersebut :

website dia mcm nh..bleh check balik url. bagi yang xprnah mengajar anak2 boleh amik basic concept. wlaupun basic shj mmg bnyk jnis ltihan boleh download utk anak..pilih yang mane satu puan suka. bolehla tgk contoh soalan basic concept yang ade:



banyak kan...xperlu download semua. kanak2 xboleh blaja lama2 sbb fokus xsama dgn org dwasa or kanak2 yang lebih berumur..fokus nya lebih kepada nak main bnyk blaja sekejap..belajar sekejap x ape asalkan berulang-ulang..kalo xnak langsung tu xleh guna cara ini..ok kembali pd explaination ttg workshhet. contohnya kita klik pada sizes worksheet:




 untuk size shj pun ada bbrpa jnis. klik lg sehingga keluar begini:


klik pada 'download free worksheet ( spt yg dibulatkan). jd keluar begini:


Langkah seterusnya tekan button printscreen pada keyboard. Bukak ‘Paint’ kemudian ‘paste’

Crop bahagian yang kita nak shj and copy dlm micrsft word. Saya copy dlm kotak ‘text box’ size  7” x  5”



Jadi saya dpt 2 worksheet dalam satu page. jimat ckit.
Saya print, gunting ikut garisan kotak, laminate dan potong ikut saiz kotak itu juga. Kemudian beli pen whiteboard mata kecil berwarna.  Alhamdulillah anak suka
Harap dpt membantu..
assalamualaikum

Tuesday, November 10, 2015

Air Detox @ Infused Water




Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina


Bahan2:

2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )

1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 

* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda.



.

Resepi Air Detoks Buah timun dan lemon


bahan-bahan:

2 liter air kosong

Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yg tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.


Resepi air detoks Apple dan kulit kayu manis


Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru. 



BAHAN:

Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari. 

1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:
Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.

Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.

Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin buang angin, buang lemak, buang toksin juga melegakan hipertension 


bahan utama campuran :- 

serai 4-5 batang, 

daun pudina 2 tangkai, 
limau kasturi 2 biji kalau tak suka masam boleh kurangkan
1/2 inci halia
air sejuk 500 ml

Cara mmbuatnya:
serai dgn halia - diracik dan hiris nipis
limau kasturi belah dua - perahkan 
daun pudina cerai-ceraikan sahaja
masuk dalam bekas / balang dan tuang air sejuk / air mineral
* boleh tambah madu - kalau mahu rasa manis.

Biarkan selama 2 jam atau boleh juga di simpan di dalam peti sejuk sebelum di minum.
Untuk mereka yg ingin berdiet dan mengawal selera makan boleh cuba buah-buahan ini. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. 

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik

Resipi infused water kali ini untuk membantu sesiapa yang mengalami masalah perut boroi dan buncit. Antara bahan-bahan yg digunakan adalah seperti timun, daun pudina, lemon dan halia yg diakui sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan.
      ___________________________________________________________________________________
.
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
Teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox ini campurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.



Kalo nak senang lg boleh ambil herbalax shaklee sebelum tidur