
![]() |
Resepi Air Detoks Mangga dan Daun
Pudina
Bahan2:
2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8
helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong
mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral
Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga
didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka
sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap
dan manis berbanding mangga yang muda.
|
.
![]() |
Resepi Air Detoks
Buah timun dan lemon
bahan-bahan:
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya
kedalam air
3-4 helai daun pudina
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap
udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga
diletakkan diluar untuk yg tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh
gantikan dengan buah limau nipis.
|
![]() |
Resepi air detoks Apple dan kulit
kayu manis
Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4
kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.
BAHAN:
Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah
jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis
Cara Membuatnya:
Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam
balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika
suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan
sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak
didalam peti sejuk jika suka.
Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang
lebih kuat.
Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap
metabolisma dalam badan.
|
![]() |
Resepi ini sesuai
untuk mereka yang ingin buang angin, buang lemak, buang toksin juga melegakan
hipertension
bahan utama campuran :-
serai 4-5 batang,
daun pudina 2 tangkai,
limau kasturi 2 biji kalau tak suka masam
boleh kurangkan
1/2 inci halia
air sejuk 500 ml
Cara mmbuatnya:
serai dgn halia - diracik dan hiris nipis
limau kasturi belah dua - perahkan
daun pudina cerai-ceraikan sahaja
masuk dalam bekas / balang dan tuang air sejuk /
air mineral
* boleh tambah madu - kalau mahu rasa manis.
Biarkan selama 2 jam atau boleh juga di simpan di
dalam peti sejuk sebelum di minum.
|
![]() |
Untuk mereka yg ingin
berdiet dan mengawal selera makan boleh cuba buah-buahan ini. Hasil campuran
timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut,
membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita.
|
![]() |
| Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik |
![]() |
Resipi infused water
kali ini untuk membantu sesiapa yang mengalami masalah perut boroi dan buncit.
Antara bahan-bahan yg digunakan adalah seperti timun, daun pudina, lemon dan
halia yg diakui sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan.
___________________________________________________________________________________
. |
![]() |
| Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
Teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox ini campurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.
![]() |

Kalo nak senang lg boleh ambil herbalax shaklee sebelum tidur









No comments:
Post a Comment